Showing posts with label JusT aNoTheR DaY. Show all posts
Showing posts with label JusT aNoTheR DaY. Show all posts

Juara Sehati Berdansa...Wajar ke??

Aku berbulu betul tengok final Sehati Berdansa tadi.macam cibsss!! life is getting more n more unfair. tak kisah lah..tapi kalau tak logik nya keterlaluan sgt macam mana?aisshhhh...tak faham la.

ada aku kisah?? ada lar!!! sbb aku suka menari. yg lelaki tu okay la mmg boleh menari. tapi yg perempuan tu...hmmm..no thanks : P takpe la, maybe rezeki anak2 diorang kot. dan itulah hakikatnya realiti hidup sessuwai dgn namanya pun realiti tv. mmg tak pernah adil la kan.

kesian sazzy n nash yg nampak bertungkus lumus every week. takde pun nak bergaduh laki bini masa practice, nak jerit2 kat laki ke nak merajuk2 ke.cool aje diorang. and tiap kali nash tercedarakan sazzy ke mesti dia tiup tempat yg sakit tu then dia ckp 'tuku takal balik pintu, budak nakal mmg camtu' aaaawwww, sweet n mcm tulah yg mak aku selalu buat kat aku masa kecik2 dulu kalau terjatuh or terhantuk ke.

maybe dunia dah terbalik. bergaduh dan tengking menengking sesama pasangan membawa kejayaan. hehehehe...pesal jahat sgt mulot aku ari ni nih??

sekian, saya nak tido dengan perasaan tak gembira.





In this skin

Menukar skin lagi. takde kerja lain. blog title pun tukar jugak.
sudah la lama tak mengemaskini blog. itu la maknanya orang yg tak konsisten dan suka bertukar2 fikiran. memang pun. even when ordering food I'll change my mind for a few times before the waiter managed to close the deal. kesian waiter, mcm la nak deal projek juta2.

Laaaaa...

Laaaaaaaa..aku ada blog rupanyaa!!!

A(H1N1)

A(H1N1): Malaysia records its fourth death
PETALING JAYA: A 20-year-old woman suffering from Influenza A(H1N1) died at 9am on Tuesday, the fourth person to die in Malaysia due to the virus.
The woman, who had contracted the virus through a local transmission, died at the Malacca Hospital.
Health Ministry director-general Tan Sri Dr Ismail Merican said the woman had only been admitted to hospital on July 26, 10 days after contracting the disease.
He added that the woman suffered from obesity and had died of pneumonia.


(source from thestar.com.my)

Please be extra carefull y'all. Silalah ke klinik berhampiran jika anda mengesyaki terdapatnya tanda2 awal. Saya telah pun ke klinik twice kerana diserang demam selsema tp Alhamdulillah demam biasa je.huhuhu...

Avoid crowded place if possible, sbg contoh mega sale carnival, IKEA sale, Jusco sale dan semua yg berkaitan dgn sale..(aaaaaahh,motivasi diri nampaknya).

Hari Pembaziran Sedunia

Hari ini adalah hari pembaziran sedunia. Mengapa?

1. Saya ambil cuti hari ini dan esok setelah berkali2 diingatkan oleh Pn Manager bhw cuti saya masih berbaki dan mesti dihabiskan dlm masa 2 bulan lagi kalau tidak ia akan burned. Lagipun esok ada family dinner sempena harijadi emak. Selamat Hari Jadi dan Selamat Hari Buruh emak! Oh ye, saya tidak bercuti ikut public holidays Malaysia tetapi ikut US. Hari esok ok lah mmg ada aktiviti. Tapi hari ini lopong : o ...nak tido mata tak ngantuk. Nak layan balik Heroes season 1 cam boring takde geng. Nak kemas umah cam malas.Kawan2 semua keje. Aiseh,membazir cuti aje. Pelik kan orang yg tak tau berjimat cermat dari segi kewangan tp sungguh berjimat cermat akan cuti tahunan.

2. Oleh kerana tak tahan lagi melopong di rumah saya pergi lepak di MPH Subang Parade. Lama saya di situ. Tapi merasa cukup irritating sekali kerana seorang kakak pekerja MPH tu asyik mengekori saya. Tak pernah pula saya mendapat layanan seeksklusif ini di MPH.Tapi baru saya tau.Mentang2 la saya menjinjit beg sebesar CPU dia ingat saya nak cilok barang agaknya???Saya buat bodo je. Tapi itu tiada kena mengena dgn kisah pembaziran. Begini ceritanya...mula2 saya nak beli buku Kisah Benar Yakjuj dan Makjuj. Tak tau kenapa buku tu nampak cam gempak. Bestselling tau! Kisah benar kaum terganas dan terzalim dlm sejarah dunia. Saya mmg minat kisah2 begini selain Dajjal dan Segitiga Bermuda tak tau kenapa. Saya mmg dah bajet nak beli dah pastu tiba2 ternampak buku The Five People You Meet In Heaven dari pengarang yg sama novel Tuesdays with Morrie.Lama saya dok pikir nak beli yg mana. Saya tak suka beli byk2 buku sbb saya ni lambat habis baca so malas la nak ambik sampai dua.Dlm pada tu saya sms rakan saya Wana, "Wey, aku jumpa buku dpd author yg sama ngan Tuesdays with Morrie tu". Kemudian saya sambung fikir. Akhirnya decide utk beli The Five People You Meet In Heaven. Elok tak sampai 5 minit saya keluar dpd MPH dia reply balik "I dah ada buku tu la.Jgn beli". Aiseh,its too late bebeh! Adakah saya yg tak sabar ataupun dia yg lambat bereaksi terhadap sms saya? Takdir barangkali : P

3. Selalunya kalau mkn Vietnamese Beef Noodle Secret Recipe saya boleh habiskan 3/4 mangkuk. Tapi tadi tak sampai 1/2 pun! Aaaah, pembaziran lagi..

Duit turun dari langit kah?...

Selipar

Ini adalah rentetan dari posting oleh Adiepot.

Ye..Saya juga sgt menggemari selipar Ipanema jenama keluaran Gisele Bundchen ini!! Ianya sgt selesa disarungkan di kaki. Bercadang untuk membeli sepasang lagi. Kadang2 pegi shopping complex pun rasa nak pakai selipar ini saja. Mungkin akan membeli yang design cantik sikit kali ini. Saya sgt suka tak tau kenapa. Ianya berasa sedikit seperti memijak ular getah tapi sgt selesa.

Ah, tak main lah Crocs!hihihi...

Sebab-sebab Tidak Mengupdate Blog:

Sebab-sebab saya tidak mengupdate blog adalah seperti berikut:

1. Saya tak punya banyak masa. Weekdays adalah horror di mana banyak kerja di pejabat di samping tanggungjawab yang sukar untuk dilunaskan. Dan apabila pulang ke rumah adalah sesi tido seperti %&*@!!

2. Apabila weekdays adalah horror, secara tidak langsung weekends adalah horror juga kerana saya sentiasa berfikiran "ooh,hari Isnin nak kena masuk kerja balik selesaikan kerja yg rumit itu.Tak best sungguh".

3. Fikiran saya sedikit terganggu dan selalu didatangi mimpi2 buruk dan aneh seperti hantu, kawan sekolah yang probably dah berbelas tahun tak jumpa, boyfriend kawan baik saya meninggal dunia, kejadian gempa bumi dan sebagainya.

4. Sibuk tonton semula desperate housewives season 1. Saya selalu skip2 seasons dan episodes jadi bercadang untuk menonton dgn teliti dari season 1 sampai season akhir. Sedang menanti seseorang download Lipstick Jungle season 2 dan Gossip Girl season 2 (kemungkinan besar tidak berjaya mendapatkannya). Ada sesiapa
boleh bagi??

5. Ada sesuatu yang bermain di fikiran saya tapi tak boleh reveal ia di sini. sighh.....

6. Adalah juga gara-gara lyricskool.

These Two Lazy Feet

Was too lazy to walk till I have to get on a trolley and made him to push it for me.
Dem pemalas!

Saving up some energy to tawaf the whole shopping complex building.How's that huh??


Not Anymore

Remember the pink VAIO lappy which I included in my wishlist? Hell not anymore! It is now stylishly belongs to my little sis, Diana. I repeat LITTLE SIS. Too little to own such thing. Jealousy strikes!! blueeek :p

Sgt Berpuas Hati

Yesss!!Meet Uncle Hussin menang juara lagu!!!!!Saya sgt gembira sampai melompat.

Sekian,terima kasih.

Hajat Tak Sampai...

Sebulan saya cari ia bagai nak giler. I was searching hard!Satu pelusuk rumah tader. Dalam keta sampai bawah2 seat pon tader. Kot2 tertinggal dlm keta En Cina Sunwaymas ker. Tader jgk. Tanya emak kalau2 tertinggal kat umah dia.Pun tader jgk. Aiiseeehhhhh!Dah berapa hari da memandu sambil mata terkenyit2 dek silau matahari nih. Sunglass Chopard yg dibeli kira2 4 thn lalu tu saya sgy sgt2.

Aaah,walaupun sedih tapi fikir2 balik ada can jgk beli sunglass baru. Yahooo! Saya mmg da target satu kat Folli Follie. Dia pattern cam Ray Ban aviator sket iaitu sgt retro. Usha lama dah.4,5 kali jgk la nganga kat cermin display butik Folli Follie tu. Tapi tader alasan yg konkrit utk beli sbb yg lama masih elok. Akhirnya dpt la shades yg stylo sket. nyeh nyeh nyeh..taktik kotor sungguh!

Tapi semalam masa jumpa kakak kat Midvalley tiba2 sesampainya kakak dia terus hulur sesuatu kat saya sambil berkata "Nah!Ko tetinggal ni kat umah org ari tu".

Alemaaak! Tader can la nak beli sunglass baru.

My Fevret...

Tetap mengungguli carta superhero bagi kategori fantasi utk musim ini adalah...

Bagi kategori realiti pula...

ngeeeee..saya mmg suka org klaka mcm ini.

My Friend's Statement...

I was chatting with an old friend that day.We were classmate when I was in ITM and till today he/she is still my best friend(ever) though we hardly see each other due to the distance factor(yeaah right!Like Keramat to Subang is dem far).While we were chit chatting I told him/her my not so good experience last year whereby I totally ignored someone whom I think will only cause damage to my life(actually there was a damage and doubtful sincerity but I prefer not to talk about it lah).And his/her reaction towards my story goes like this:

"Waaaah,sejak biler Ezwin Haida Amat pandai bergaduh????!!Mak terkejut okay.Ezwin Haida yg kukenal bukan camtu"

I had a big laugh towards his/her reaction and I was thinking over and over again.He/she really knows me that well to come out with that statement.

Actually he/she was right.Never before I did such thing and it never even came across my mind sbb saya jenis tak kisah.Most of the time I will give in to my friends(bf excluded) and saya seorang yg sgt cool.Tapi kalau saya dah sampai ke tahap itu sendiri mau ingat la.Mmg dah malas nak layan tahap Megatron la tuh!Nak kawan..kawan la baik2.Kalau tak..takyah je.Im that simple.

Telah Menjadi Semakin Sentimental

Adakah kerana faktor umur yg semakin meningkat?Atau kerana sifat kewanitaan semakin terserlah?

Sifat sentimental dan touching saya semakin menjadi2 skrg.Tgk citer ini menangis.Citer itu menangis.Hari tu tgk citer Anakku Melihat Syurga menangis.Tgk P.S. I Love You menangis.Tgk Transformer pun menangis!(masa Bumblee Bee kena tangkap).Pagi tadi tgk footage mangsa2 serangan di Palestin kat TV1 tu jgn cakap la.Sambil tgh main game Atlantis tu berderai2 airmata siap jatuh2 lagi kat keyboard tu.Kelam kabut saya mengelapnya maklum lah laptop pinjam kan..huhuhu.

Dulu selalu juga buat upacara Mari Menangis Beramai2 dgn Elly.Saya dan Elly mmg kaki mengadap tv dan dvd.Kami pernah ketagih episod bersiri Korea Full House(siri ini sgt top di Korea) sehingga tak keluar rumah selama 3 hari dan terbaring saja di hall sambil memasang citer itu back to back.Kerana ghairah utk menghabiskan siri tersebut weekend itu juga kami sudah seperti golongan kurang upaya (OKU) yg terlepek atas sofa dan makan apa2 saja yg ada dlm peti ais tanpa ada sesiapa di antara kami yg mau volunteer utk keluar beli makanan.Setiap kali weekend kami akan terputus hubungan dgn dunia luar.Tiada lagi keluar bersosial dgn teman2 dan tiada lagi beratur panjang di GSC utk membeli tiket wayang kerana kami sudah ada hiburan lain di rumah.Sanggup tu!Lepas tu menangis sampai bengkak2 mata.Bila part sedih menangis(sampai tersedu2) dan bila part gembira pun menangis jugak(tangisan kegembiraan).Padahal cerita itu adalah dari genre komedi.Sejak dari hari itu Elly sering menyalahkan dan memaki hamun saya kerana menjebakkan beliau dgn cerita Korea.

Lepas musim Full House musim Stairway To Heaven.Yg ini lebih teruk.Menangis2 mcm org mati laki!Pastu PrinceHours.Pastu My Lovely Kim Sam Soon.Pastu My Girl.Pastu A Love To Kill.Pastu Coffee Prince.Pastu....(sampai thn depan pun tak habis senarai ini).Teruk betul masa musim itu.Masih ingat lagi saya ke pejabat keesokan paginya dgn mata yg bengkak begitu juga Elly yg masih meneruskan acara menyumpah seranah saya tak cukup di dunia realiti dia hantar pulak comment di Friendster(ketika itu belum ada Facebook).Kadang2 bahasa2 Korea turut terkeluar dari mulut kami dlm perbualan seharian.Begitu sekali penangannya.Aaaahh,cerita Korea mmg sgt addictive.Saya serik dan sampai hari ini tidak berani berkecimpung dlm bidang itu lagi malah tidak berani memain semula dvd2 yg saya simpan.Saya simpan di belakang2 sekali dlm koleksi dvd saya dgn tujuan menyukarkan saya utk mengambilnya kelak.

Me n Coke...

Seorang teman mengajak saya memboikot barangan buatan US berikutan tindakan mereka menyokong Israel menyerang Palestin.Saya setuju utk bersekongkol dgn beliau kerana tindakan kerajaan US itu mmg sgt terkutuk.

Tapi semalam saya amat gusar apabila memikirkan bagaimanakah utk melalui kehidupan tanpa Coke(Coke adalah salah satu keluaran US) kerana saya adalah seorang penggila Coke.Hari ini saya migrain akibat sudah 2 hari tidak minum Coke.

Saya sudah menemui jawapannya:


My Cola

Persoalannya: Mana nak carik?

Ada Apa Dgn 2009?

Yeaaay!Saya sudah beli organizer baru utk thn 2009.Mmg tiap2 tahun saya mesti tukar organiser baru.Ini adalah wajib!Nampaknya thn ini saham telah jatuh merudum.Buktinya tader org nak bagi saya organizer free.Thn lepas ada jugak org kasi.Saya sedih nak bye2 kat organizer lama sbb ia byk berjasa kpd saya yg selalu lupa segala benda ni.

Bye-bye organiser 2008!!

Thn ni beli sendiri je : P

Saya blm fikir agenda utk thn 2009 lagi.Tapi ini adalah draft nya:

Kerjaya
Maybe bukan kerjaya impian tapi so far okay je.Bercita2 utk menguruskan badan dan pergi casting semula utk extra income.Tapi mcm susah je (semasa mengupdate blog ini pengarang sedang asyik mengunyah makaroni bersama mushroom sauce).

Kewangan
Nak start saving.Ini adalah perancangan standard dan telah 3 thn berturut2 tapi tak pernah berjaya.Thn ini saya masih punya cita2 yg sama.Saya bernasib baik kerana tabiat membeli belah secara rambang telah berkurangan dan saya hanya beli benda2 penting je.

Imej
More colors and retroversions!!
Keluarga
Sgt gembira dgn ahli baru.Berharap thn ni bertambah lagi.Saya??Berkeluarga??Errr...tak sessuwaaaii!!

Perhubungan
Dgn teknologi canggih masa kini perhubungan lebih erat.Tapi oleh kerana terlalu canggih kadang2 kami bermasalah apabila berkomunikasi secara lisan atau secara langsung.Perbualan lebih menjurus kepada isu nasional dan isu semasa.Hope it'll be more exciting walaupun thn ni nampaknya ada org tu bz je.

Persekitaran dan Sosial
Mahu tepis semua elemen2 negatif dari hidup saya.Bersangka baik dan bergaul dgn semua lapisan masyarakat.... but at the same time lebih berhati2 dan tidak mudah percaya pada orang.Thn ini tema saya ialah "bersangka baik dan sayangilah rakan2".Beberapa kejadian tragis buat saya rindu sgt pada kawan2 lama dan sedar yg mereka adalah perkara terbaik dlm hidup saya.Saya kurang minat ambil tau ttg cerita2 buruk org lain walaupun pernah tergila2 kan episod bersiri Gossip Girl XOXO tapi tidaklah terbawa hingga ke dunia realiti.Kotak memori saya tidak cukup space utk benda2 begitu dan saya lebih suka cerita pasal filem,muzik,lawak,entertainment,etc..tapi telah sedikit terpesong pada satu ketika dan saya sgt kesal kerana itu bukan diri sana.I became a monster!demmit!I'm glad that now I'm back on solid ground dan kini saya sgt hepi seolah2 sedang menikmati hepi meal.Berfikiran positif adalah sgt menggembirakan.

Happy New Year All!!!!


Happy New Year to all!!This photo is my first photo for 2009.Well, my NY eve mood was spoiled by someone least expected to do so.Kalau saya tau begitu lebih baik saya tak ambil cuti ataupun setidak2 nya saya keluar bersama teman2 yg lain.Tidak mengapalah...dah berlalu.Lagipun benda ni bukan pertama kali.Dah biasa dah mood saya di spoil kan mcm tu.Akhirnya pada mlm thn baru, pukul 12.30 mlm saya dah tido!



My Crib...My Nest...

Setelah penat lelah dan berhempas pulas mengemas (itupun banyak lagi yg tak siap) akhirnya apartment baru saya telah berjaya kelihatan seperti tempat tinggal manusia juga!

Yg ni pula eatstation Oname.Oname tak berapa happy dgn eatstation dia sbb sempit kot n unlike rumah lama.So nak sedapkan hati dia saya letak pokok bunga satu kat situ.Hahaha...


My Xmas Stories...

My Xmas Holiday was dull.Nothing much to talk about.But my pre-Xmas and year end celebration was fun.We had this gift exchanging among our team, makan2 and some kind of get-to-gether thingy(get-to-gether la sangat!)

Bingkai gambar di atas ialah hadiah yg saya dapat.Apa yg saya beri?Maaf,can't post it here because it's suppose to be a secret n we're not suppose to know from whom the gift is.Tapi saya tau bingkai gambar ini dari siapa!!hehehe...Thanks babe eventhough it was not really meant for me sbb kita buat cabutan utk gift distribution ni..huhu..

My Xmas holiday I can say quite a dull one.Nothing much except for:
1.Tido sepanjang hari
2. Watching Transformers with full concentration siap terkejut2 lagi like I never watch before(padahal ni dah kali
ke-5 dah!).
3. Memasak spageti bolognaise pada jam 4 pagi sbb craving sgt2.
4. Melayan Oname sambil memberikan janji2 manis bahawa saya akan mendapatkan Oname seekor teman nanti.

Oh yeaaa..my younger sister is in Blogger!Check out Nadia It's good to know that ur not the only one who can write(or shud I say type?) in your family.eheh..selepas Diana yg always with her short forms in sms n facebook yg ntah hapa2 kadang2 aku pun xtau apa yg dia tulis.sighh..anak muda skrg..

Wedding Ozzy dan Cukur Jambul Izharina Nur

Saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ozzydin dan wife, Linda.Alhamdulillah saya sempat menghadiri majlisnya walaupun saya telah terlambat dan hampir2 tak pergi kerana saya telah terlambat dan lokasi agak jauh di De Palma Ampang.Thanks to En Cina Sunwaymas kerana memecut selaju yg mungkin dan memangkah semua kereta yg ada walaupun saya agak cuak sebenarnya kerana merasakan nyawa saya ibarat telur di hujung tanduk.

Tapi sebenarnya saya sudah biasa dgn keadaan itu walaupun tidak berada di dalam keadaan tergesa2.Malah pernah satu ketika kami hendak bermain roller coaster En Cina Sunwaymas bertanya "Berani ke naik ni?".Saya dgn selamba menjawab "Eleeeh,setakat roller coaster ni apa barang?!Naik keta dgn u lagi takut!"

Ahad keesokannya pula majlis cukur jambul anak buah saya Izharina Nur yg diadakan di rumah ibu mertua kak long saya.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan Izharina tidak banyak kerenah atau meragam masa potong jambul tu.
Tgk tu.Kasihan tgk Izharina mcm rimas je kena pakai gaun tu.Huhuhu...She's just too small for the gown but cute though.

Oh,saya sempat ambil gamba kak cik dan suami di rumah beliau.Iye lah,asik2 gambar saya je.Mesti kamu semua sudah jemu kan?Tgk la abg ipar saya yg sgt tidak cam whore itu.Ambik gambar pun tegak saja.

Tapi...apakah warna baju juga harus sama dgn konsep rumah?
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com