Showing posts with label EvenTs. Show all posts
Showing posts with label EvenTs. Show all posts

On Xmas Day


Probably kali yg ke-4 or ke-5 aku mkn kat Manhattan Fish Market ni. I enjoy the seafood platter especially the fried calamari n fish fillet so much. only one thing, this type of dish bila dah kenyang mmg rasa muak abis. last 3 months I had this, i made a vow not to eat this for at least 2 or 3 months because my stomach was feeling so full and bloated. and here I go again today, making the same vow. hahaha... but once the feeling's gone, u will definitely drop by again.



This is what I usually have..kena standby eno kalau nak makan ni lenkali.huhu

Pengembaraan Geng Upin, Ipin dan Oname.


Pengembaraan Geng Upin n Ipin. Marilah kita bersama2 menyokong industri filem animasi tempatan. Terima kasih pada pihak pengurusan aktiviti.Lain kali bolehlah cuba mencari penaja pula.Setidak-tidaknya boeh menaja bertih jagung dan air berkarbonat.Hehehe...

pihak pengurusan: byk cantik muka kamu??

saya: boleh tahan juga lah.

Pada hari dan waktu yg sama saya mengembara bersama Upin dan Ipin, rupa-rupanya Oname juga cuba untuk mengembara dari tingkat 4 rumah saya ke tingkat bawah. Setelah puas mencari dan memanggil saya menemui Oname di bawah sebuah kereta dgn kaki yg injured. Saya amat yakin Oname tidak menggunakan tangga tapi telah menggunakan jalan pintas iaitu melalui tingkap rumah sahaja. Nasib baik tidak patah kaki utk selamanya. Sudah seminggu juga Oname berjalan dgn tiga kaki sahaja.Kasihan..Semoga dia serik.

Happy Bday Nadia Ismail!!

I wanted to wish Happy Bday to Adiepot thru FB but demmit FB server soooo slow mo it took forever to load a page.

So here I am wishing Happy Birthday to you Adiepot.May ur wish come true and have a great one!!!!!

Hurmm..saya mcm teringat ada seseorang yg bday nya same date dgn kamu la.Tp siapa ye?Biar saya tido dulu.Mungkin lepas itu saya akan ingat.Zzzzzzzzz....

Adiepot yg sedang hangat diperkatakan adalah yg berbaju putih itu.

2008 in Memories...

These are all the happenings on early 2008 yg tidak dapat saya post di sini kerana blog saya bermula agak lambat.Saya tidak mau lupakan ia dari kotak memori saya...

Road Trip to Pantai Merdeka, Kedah
Courtesy of En Cina Sunwaymas punya uncle iaitu pemilik sangkar ikan di situ. Sangkar ikan itu adalah sooooo in the middle of the sea. Saya adalah seorang yg sgt takut air(gara2 banyak sgt menonton filem Jaws,Piranha,Ananconda dan sebagainya) and I cant believe I did it!


All White Party @ Lot 10 Rooftop


Aksi Gerek Adventure GameGame show ala2 Amazing Race produced by RTM yg tidak diketahui bila penayangannya.Tah2 dah lepas.Saya dan Elly macam tak percaya boleh participate benda2 mcm ni.Kami jadi peserta bidan terjun.Dah la tiada screen test.tau2 je kena lari naik bukit kiara sambil bawak 2 tong besar air sungai atas bahu,pegang tikus, keje kilang coklat, assemble perabot kat Courts Mammoth, dan sebagainya.

Akibatnya badan kami sakit2 seminggu sehingga tak boleh berjalan dgn baik serta lebam2 di sana sini.




My Birthday Bash

This t-shirt is a gift from En Cina Sunwaymas.He managed to get Elly to hand me the gift and he actually placed it in a tissue box in the middle of the tissues puzzling me why he gave me a nicely wrapped box of tissue?The only clue I have...I once told him I always cry watching sad Korea movie.Then only I realised there's something in between the tissues.

I was thinking "Omg!This guy is sooo kind for giving me a present when Im not that close to him!" without realising the message printed on it...saya masih ingat dialog saya pada Elly "Elly,naper kawan kau baik sgt bagi aku hadiah?" hihihi...

Dah 5,6 bulan saya berkawan dgn dia baru saya perasan maksud tersirat.Missing piece...how sweet.It's funny how ppl can be so blur about all this thing.


His Birthday Cake


Sunburst 2008
Held in Bukit Kiara, it was awesome especially performance by John Legend and Incubus!Demmit saya datang lambat tak sempat tgk Gigi, fav band saya. : P


Wedding Ozzy dan Cukur Jambul Izharina Nur

Saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ozzydin dan wife, Linda.Alhamdulillah saya sempat menghadiri majlisnya walaupun saya telah terlambat dan hampir2 tak pergi kerana saya telah terlambat dan lokasi agak jauh di De Palma Ampang.Thanks to En Cina Sunwaymas kerana memecut selaju yg mungkin dan memangkah semua kereta yg ada walaupun saya agak cuak sebenarnya kerana merasakan nyawa saya ibarat telur di hujung tanduk.

Tapi sebenarnya saya sudah biasa dgn keadaan itu walaupun tidak berada di dalam keadaan tergesa2.Malah pernah satu ketika kami hendak bermain roller coaster En Cina Sunwaymas bertanya "Berani ke naik ni?".Saya dgn selamba menjawab "Eleeeh,setakat roller coaster ni apa barang?!Naik keta dgn u lagi takut!"

Ahad keesokannya pula majlis cukur jambul anak buah saya Izharina Nur yg diadakan di rumah ibu mertua kak long saya.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan Izharina tidak banyak kerenah atau meragam masa potong jambul tu.
Tgk tu.Kasihan tgk Izharina mcm rimas je kena pakai gaun tu.Huhuhu...She's just too small for the gown but cute though.

Oh,saya sempat ambil gamba kak cik dan suami di rumah beliau.Iye lah,asik2 gambar saya je.Mesti kamu semua sudah jemu kan?Tgk la abg ipar saya yg sgt tidak cam whore itu.Ambik gambar pun tegak saja.

Tapi...apakah warna baju juga harus sama dgn konsep rumah?

Hari Raya Haji...

hai..lama tak berjumpa..saya agak sibuk.

Bagaimana dgn sambutan Aidiladha kamu semua?Saya kali ini tidak balik ke rumah nenek di Muar.Raya di rumah emak saja.Bapa pula sudah selamat pulang dari Bangkok.

Tidak byk gamba yg diambil.Hanya gamba2 mlm raya semasa membuat persiapan saja.Saya sampai agak lewat.Emak sudah mula memasak dibantu oleh adik2.I realised yg adik2 saya sudah besar panjang rupanya.Jadi saya telah dilantik sebagai supervisor saja utk monitor adik2.Tak byk yg saya bantu.Cuma melayan emak bergosip seperti biasa.

Petang raya kak cik mengajak ke rumah mertuanya. Saya pergi dgn adik2 saja kerana emak dan bapa mau ke Gombak.


Sekian cerita Raya Haji saya...tata!!

Photos

Take a look at this pic of me holding my ever dearest niece. Kakak kata gamba ini nampak macam saya pula yg lepas bersalin dan dalam pantang. Wut the...?

Ini pula gamba berjalan2 sempena aktiviti cuti sekolah.

2 Weddings...

Dlm masa 2 minggu telah pergi ke dua wedding yg berlainan...
Saya mesti letak ia di dalam blog jika tidak akan terlupa di masa akan dtg.Maklum saja,long term memory lost saya semakin menjadi2 skrg.

Ini wedding officemate saya Priya...

Spt biasa x sah klu x ambil gamba begini...

Ini wedding Rus dan Alissa...

Cerita Weeekend Saya...

Sedikit lewat meng-update cerita weekend saya.Beberapa hari ini saya kurang sihat.Diserang selsema teruk dan asthma.Barangkali kerana weekend sedikit hectic.Tetap sedikit kesal kerana beberapa undangan tidak dapat dipenuhi gara2 x larat sgt : P Kena makan spirulina lebih sikit ni.

Sabtu yg lalu sempat pergi ke dua buah open house.Jam 12.00 tgh hari saya dan Kak Yanie ke rumah ke ibu mertua kak cik di Kajang. Setibanya di sana emak,papa dan adik2 dah tiba terlebih dulu. Kami bukan saja makan dgn begitu byk malah merasa semua kuih2 raya yg ada sampaikan saya berkata kpd Kak Yani "Kenapa kita mkn semua kuih2 raya ni cam org jakun?" Tidak mengapalah.Kata hari raya...

Tgk tu da tembam pun makan byk lagi!

2nd destination, rumah Suzi n Pat pulak di Ampang.Waaah,perjalanan yg panjang dan berliku2 utk ke sana seperti dlm penggambaran Jejak Rasul pula.Saya hanya menjamah sedikit makanan yg ada kerana perut saya tidak larat lagi menampung lebih byk isi.Lagipun kulit wajah saya telah menunjukkan tindak balas refleksnya terhadap kuih2 raya yg saya mkn td bilamana 2,3 biji jerawat telah menampakkan dirinya di sekitar dahi dan hidung saya.Tensi lagi...

Tuan rumah adalah kedua2 nya yg berbaju hijau.
Nak balik pon sempat posing lg.

Jalan macet banget dari Ampang nak pulang ke Dsara.Maklumlah Isnin cuti n Deepavali pulak tu.Deeemm...kaki sampai cramp waktu memandu.Konon nak singgah satu lagi open house di Subang tapi dah x larat sgt dah."Sorry Neena n Ida...Ween btul2 x larat!".Sampai2 rumah saya sudah total loss sbb penat sgt.


Mlm tu nak teman En Cina Sunwaymas pegi tgk final Pesta Bola Merdeka 2008 (Malaysia vs Vietnam)kat stadium pon x jadi sbb saya x larat nak bgn.Waaaah,Pesta Bola Merdeka??Sejak biler??Ini semua gara2 En Cina Sunwaymas..menci tul!


Malam itu kami pegi makan di William Kelana Jaya. Makan byk lagi.Kali ini meng-order lamb chop yg cukup utk dua org makan.Saya marah dgn En Cina Sunwaymas.Saya sudah bilang lamb chop itu portion besar lebih dpd cukup utk kami berdua tapi beliau sgt degil mahu jugak meng-order Indomie lagi.Double pulak tu!menambahkan kemarahan sungguh.Gara2 sikap tamak haloba itu kedua2 Indomie dan lamb chop telah tidak habis dan terpaksa ditapau saja.Tapi mlm itu saya tidak membebel kepada beliau kerana barusan Malaysia telah kalah kepada Vietnam jadi saya memahami beliau tidak berada dlm keadaan yg stabil.


Lamb chop + Indomie + air laici = RM49.00???Hmmphh...

Esoknya Ahad saya ke wedding sepupu saya Shazrina di Muar pula.Nampaknya lepas ini terpaksa la saya bergaul dgn adik2 sepupu dari generasi kedua pula kerana semua sepupu2 dari generasi pertama sudah selamat berkahwin dan beranak pinak tinggal saya seorang saja.Saya mengambil langkah bijak dgn meminta ditransferkan dari generasi pertama ke generasi kedua saja supaya tidak diasak dgn soalan2 standard dari saudara mara.hehehe...Seronok kerana semua ahli keluarga ada kecuali kak long yg sedang sarat mengandung dan menunggu masa saja.


 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com