Hari ini adalah hari pembaziran sedunia. Mengapa?
1. Saya ambil cuti hari ini dan esok setelah berkali2 diingatkan oleh Pn Manager bhw cuti saya masih berbaki dan mesti dihabiskan dlm masa 2 bulan lagi kalau tidak ia akan burned. Lagipun esok ada family dinner sempena harijadi emak. Selamat Hari Jadi dan Selamat Hari Buruh emak! Oh ye, saya tidak bercuti ikut public holidays Malaysia tetapi ikut US. Hari esok ok lah mmg ada aktiviti. Tapi hari ini lopong : o ...nak tido mata tak ngantuk. Nak layan balik Heroes season 1 cam boring takde geng. Nak kemas umah cam malas.Kawan2 semua keje. Aiseh,membazir cuti aje. Pelik kan orang yg tak tau berjimat cermat dari segi kewangan tp sungguh berjimat cermat akan cuti tahunan.
2. Oleh kerana tak tahan lagi melopong di rumah saya pergi lepak di MPH Subang Parade. Lama saya di situ. Tapi merasa cukup irritating sekali kerana seorang kakak pekerja MPH tu asyik mengekori saya. Tak pernah pula saya mendapat layanan seeksklusif ini di MPH.Tapi baru saya tau.Mentang2 la saya menjinjit beg sebesar CPU dia ingat saya nak cilok barang agaknya???Saya buat bodo je. Tapi itu tiada kena mengena dgn kisah pembaziran. Begini ceritanya...mula2 saya nak beli buku Kisah Benar Yakjuj dan Makjuj. Tak tau kenapa buku tu nampak cam gempak. Bestselling tau! Kisah benar kaum terganas dan terzalim dlm sejarah dunia. Saya mmg minat kisah2 begini selain Dajjal dan Segitiga Bermuda tak tau kenapa. Saya mmg dah bajet nak beli dah pastu tiba2 ternampak buku The Five People You Meet In Heaven dari pengarang yg sama novel Tuesdays with Morrie.Lama saya dok pikir nak beli yg mana. Saya tak suka beli byk2 buku sbb saya ni lambat habis baca so malas la nak ambik sampai dua.Dlm pada tu saya sms rakan saya Wana, "Wey, aku jumpa buku dpd author yg sama ngan Tuesdays with Morrie tu". Kemudian saya sambung fikir. Akhirnya decide utk beli The Five People You Meet In Heaven. Elok tak sampai 5 minit saya keluar dpd MPH dia reply balik "I dah ada buku tu la.Jgn beli". Aiseh,its too late bebeh! Adakah saya yg tak sabar ataupun dia yg lambat bereaksi terhadap sms saya? Takdir barangkali : P
3. Selalunya kalau mkn Vietnamese Beef Noodle Secret Recipe saya boleh habiskan 3/4 mangkuk. Tapi tadi tak sampai 1/2 pun! Aaaah, pembaziran lagi..
Duit turun dari langit kah?...
| my shhhhh! |
6 months ago
