Showing posts with label FrieNds. Show all posts
Showing posts with label FrieNds. Show all posts

Pengembaraan Geng Upin, Ipin dan Oname.


Pengembaraan Geng Upin n Ipin. Marilah kita bersama2 menyokong industri filem animasi tempatan. Terima kasih pada pihak pengurusan aktiviti.Lain kali bolehlah cuba mencari penaja pula.Setidak-tidaknya boeh menaja bertih jagung dan air berkarbonat.Hehehe...

pihak pengurusan: byk cantik muka kamu??

saya: boleh tahan juga lah.

Pada hari dan waktu yg sama saya mengembara bersama Upin dan Ipin, rupa-rupanya Oname juga cuba untuk mengembara dari tingkat 4 rumah saya ke tingkat bawah. Setelah puas mencari dan memanggil saya menemui Oname di bawah sebuah kereta dgn kaki yg injured. Saya amat yakin Oname tidak menggunakan tangga tapi telah menggunakan jalan pintas iaitu melalui tingkap rumah sahaja. Nasib baik tidak patah kaki utk selamanya. Sudah seminggu juga Oname berjalan dgn tiga kaki sahaja.Kasihan..Semoga dia serik.

Happy Bday Nadia Ismail!!

I wanted to wish Happy Bday to Adiepot thru FB but demmit FB server soooo slow mo it took forever to load a page.

So here I am wishing Happy Birthday to you Adiepot.May ur wish come true and have a great one!!!!!

Hurmm..saya mcm teringat ada seseorang yg bday nya same date dgn kamu la.Tp siapa ye?Biar saya tido dulu.Mungkin lepas itu saya akan ingat.Zzzzzzzzz....

Adiepot yg sedang hangat diperkatakan adalah yg berbaju putih itu.

2008 in Memories...

These are all the happenings on early 2008 yg tidak dapat saya post di sini kerana blog saya bermula agak lambat.Saya tidak mau lupakan ia dari kotak memori saya...

Road Trip to Pantai Merdeka, Kedah
Courtesy of En Cina Sunwaymas punya uncle iaitu pemilik sangkar ikan di situ. Sangkar ikan itu adalah sooooo in the middle of the sea. Saya adalah seorang yg sgt takut air(gara2 banyak sgt menonton filem Jaws,Piranha,Ananconda dan sebagainya) and I cant believe I did it!


All White Party @ Lot 10 Rooftop


Aksi Gerek Adventure GameGame show ala2 Amazing Race produced by RTM yg tidak diketahui bila penayangannya.Tah2 dah lepas.Saya dan Elly macam tak percaya boleh participate benda2 mcm ni.Kami jadi peserta bidan terjun.Dah la tiada screen test.tau2 je kena lari naik bukit kiara sambil bawak 2 tong besar air sungai atas bahu,pegang tikus, keje kilang coklat, assemble perabot kat Courts Mammoth, dan sebagainya.

Akibatnya badan kami sakit2 seminggu sehingga tak boleh berjalan dgn baik serta lebam2 di sana sini.




My Birthday Bash

This t-shirt is a gift from En Cina Sunwaymas.He managed to get Elly to hand me the gift and he actually placed it in a tissue box in the middle of the tissues puzzling me why he gave me a nicely wrapped box of tissue?The only clue I have...I once told him I always cry watching sad Korea movie.Then only I realised there's something in between the tissues.

I was thinking "Omg!This guy is sooo kind for giving me a present when Im not that close to him!" without realising the message printed on it...saya masih ingat dialog saya pada Elly "Elly,naper kawan kau baik sgt bagi aku hadiah?" hihihi...

Dah 5,6 bulan saya berkawan dgn dia baru saya perasan maksud tersirat.Missing piece...how sweet.It's funny how ppl can be so blur about all this thing.


His Birthday Cake


Sunburst 2008
Held in Bukit Kiara, it was awesome especially performance by John Legend and Incubus!Demmit saya datang lambat tak sempat tgk Gigi, fav band saya. : P


The Event That I Missed...


Check out the flashing photo?Oooo..hepi sgt la konon.Huh!Well,I grabbed it from Faiza.

I WAS SUPPOSE TO BE THERE IN THE MIDDLE OF IT WITH THAT KIND OF COSTUME AS WELL.I WAS SUPPOSE TO BE THEREEE!!!!(dgn nada marah dan sedikit cemburu)

Menci nya....

Pesta ini telah berlangsung di kantor saya pada minggu yg lalu bersempena dgn perayaan Deepavali.Just imagine i had everything prepared for the event.Malah telah mendapat penajaan Indian costume dari Yathika dan Fatima pun ada bagi kain sari pada saya kalau2 saya mau pakai pada hari tersebut.Saya siap pergi beli anting2 untuk dipadankan dgn baju tersebut malah telah merancang utk bermekap2 secara over acting sedikit demi sesi fotografi camwhore bersama2 Mumtaz dan Pija.Biasa la kan Bollywood gitu.

But UNFORTUNATELY...I had migraine and mc.And I missed out the event.
Tengok ini,saya siap dah try2 sari dah kat ofis beberapa hari sebelum event berlangsung!(sila abaikan rambut pengarang yg kusut masai itu).
Malam yg sama seorang Hamba Allah telah mengSMS saya "Winn,tgk la kat FB.Kitorang dah upload foto"
(Saja nak kasi aku bengkak ar tu)

These are the photos of the camwhoring session yg berlangsung tanpa saya.Dan Hamba Allah yg mengSMS saya nak kasi bengkak itu ialah yg tengah2 yg over sikit tu.Aaaahh,apa pun saya amat yakin gambar2 ini sudah tentu akan lebih cun dan lebih beraksi with me innit!
Menci giler!

2 Weddings...

Dlm masa 2 minggu telah pergi ke dua wedding yg berlainan...
Saya mesti letak ia di dalam blog jika tidak akan terlupa di masa akan dtg.Maklum saja,long term memory lost saya semakin menjadi2 skrg.

Ini wedding officemate saya Priya...

Spt biasa x sah klu x ambil gamba begini...

Ini wedding Rus dan Alissa...

This is What We Call..Life...

Kata orang…..
Ibarat tangan dan mata
Maka terangkailah sebuah kata “PERSAHABATAN”
Pada saat tangan terluka, mata meneteskan air,
dan ketika mata meneteskan air,
tangan juga yang mengusap air itu

Indah ternyata
Tapi punya banyak arti, walaupun hanya
seuntai kata “persahabatan”…
Kadang pelakunya sering salah mengartikan…atau
ada juga yang dengan sengaja mengabaikan..
entah karena rasa egois, atau mungkin karena
perputaran roda kehidupan yang selalu menuntut
untuk kita selalu mengikuti roda kehidupan yang berputar

Tidak semudah itu dipahami…
tapi andaikan kita mencoba sesaat saja….
berada di posisi mereka yang dengan tulus mengartikan kata itu….
maka kita akan tahu makna sesungguhnya
KEJUJURAN, KEPERCAYAAN, KESETIAAN…..
semua itu terpatri jelas didalam kata itu
tinggal bagaimana sebagai pelaku kita menjalaninya
Cukup sulit menjalaninya tidak semudah diungkapkan

Karena tanpa kejujuran, kepercayaan dan kesetiaan
maka persahabatan hanyalah sebuah tulisan kosong belaka
tanpa makna apapun, tetapi…
itu bukan berarti kita harus menutup mata…
ketika ketidakjujuran itu hadir
karena pada saat itulah kita menang
dalam satu ronde peristiwa yang disebut “KEHIDUPAN”
Dicedok dari http://www.kolomkita.com/2008/10/06/persahabatan/

Kisah Klasik untuk Masa Depan

Jabat tanganku, mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku usapkan juga air mataku
Kita terharu seakan tidak bertemu lagi

Bersenang-senanglah

Kar’na hari ini yang ‘kan kita rindukan
Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah Kar’na waktu ini yang ‘kan kita banggakan
Di hari tua

Sampai jumpa kawanku
S’moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan

Mungkin diriku masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwaku masih haus sanjungan kalian


~Kisah Klasik Untuk Masa Depan by Sheila On 7~


Lagu ini saya tujukan pada manager saya Pn Mazliana Muhamad Tarmizi yg telah meninggalkan kami di IBM dan hari ini merupakan hari terakhir beliau bersama2 kami.Pasti beliau tertanya2 mengapakah saya menulis dgn begitu formal sekali sedangkan hubungan kami lebih drpd seorang pekerja dgn manager("hubungan?"...giler fishy!).

She's more than a manager okeh.She's a friend..a dear friend I wud say.We had coffee break together, gossipping session,we share things all among us n we even have our own group named Power Puff Girl(how cool is dat?!) with 6 group members in it.Me,her,Faiz,Azie,Ros n Linda.The best part is no matter how close we still managed to maintain the respect towards her as a manager(dlm erti kata lain professional la).Member,member jugak.Tapi keje kasi beres.Itulah nilai2 murni yg berjaya beliau terapkan kepada kami.

Satu fakta menarik,saya berkongsi zodiak yg sama dgn beliau iaitu Pisces.Tambah menarik tarikh lahir kami cuma beza satu hari.Saya 28 February..beliau 27 February.Cuma tahunnya saja tidak sama kerana kalau tahunnya pun sama agak melampau juga saya masih single begini(huhuhu).Oleh itu kami punya banyak persamaan dari segi personaliti yg tidak dapat saya huraikan di sini kerana ia akan memakan masa.Mungkin saya akan membuat entry khas berkenaan warga Pisces nanti.

Kepada beliau saya ucapkan selamat berjaya,jgn lupakan kitorang kat sini dan selamat bergembira menikmati minum petang dgn English style tea set yg kami hadiahkan tu.

Terima kasih kepada Cik Azita Abu Bakar yg meng-volunteer kan diri membeli hadiah.

Adakah Terlalu Bosan dengan Hidup??


Adakah terlalu bosan dgn hidup??Inilah hasilnya klu sudah tiada kerja lain utk dilakukan di kantor.Saya,Pn Mumtaz dan Pn Fiza...

Actually we had a makan2 for raya di kantor pada hari Rabu yg lalu.Kami bertiga mmg terkenal dgn sifat camwhore yg semulajadi.Tidak mengapalah asalkan kami tidak mengganggu org lain(kadangkala kami ganggu juga dgn memaksa org lain buat seperti kami).

Berikut ialah foto2 susulan bagi acara makan2 raya tersebut:



Ini pula ialah hasil kerja tgn Pn Mumtaz:

Message to Mr Cina Sunwaymas:Ye..ye..I tau u x suka tudung camni.U suka tudung yg student2 pakai tu.At least I put up an effort okeh.
Di hari yg sama(sob..sob) kami mengadakan a little farewell celebration(sob..sob) utk manager kami yg akan meninggalkan IBM tidak lama lagi(beliau nampak gembira..haaaaaiih!).Tidak mengapalah kami pasrah(pada waktu pengarang sedang menulis kedengaran manager sedang bersin2 beberapa kali dari biliknya.Adakah dpt merasakan nama beliau sedang disebut2?).


Dan yg paling mengejutkan sekali saya telah dilantik sbg treasurer Fun Club kami.sighhh..saya bukan apa, takut Fun Club bertukar menjadi Fun Kow(tido) Club saja.

Saya Rindu Mr ND Capulet...

One of my bestest guy fren..En ND Capulet.Dah lama x ketemu.Tp bukan dia yg MIA.Saya yg MIA.Dulu kitorang selalu melepak di Petak Hartamas.Tak pun kat Devi's Tmn Tun.Kadang2 setiap Ahad saya join dia dgn En Fared melepak usha awek kat Starbucks The Curve.Sungguh keji!

Inilah gamba En ND Capulet(tengah) yg berjaya saya curik dari Facebook.Tapi saya rasa ini gamba lama sbb skrg dia dah nampak tua.

Message to ND Capulet:

"Waduh pak lama sih gak ketemu.Kapan mau lepaking lagi di Petak Hartamas hah?Rindu banget mau MTV Nongkrong ama lo!kamu lagi di mana neh?Mobil barunya udah di beli pak?Kalo Harrier tu mmg paaaaass banget!Eheheheh..Miss lo ah beb.."

Iyee...dulu kami sgt rapat.Skrg tidak lagi semenjak ND Capulet berpindah dari Tmn Tun ke Subang.Saya sgt sedih tetapi pasrah dgn keadaan.Kalau Mr ND Capulet tgk saya ckp begini mesti dia nak termuntah darah.Saya pun skrg rasa nak termuntah darah jugak sikit2.

Buka Puasa di Kantor

Im late!Ada majlis berbuka puasa n birthday celebration di pejabat hari ini.Nak siap2 lagi?traffic jam lagi?Aaaarghh..konfem x sempat!

Saya bingkas bangun lalu mandi.Alamak!Nak pakai baju apa ni ye?Itulah saya..kalau bab2 ini mmg agak gagal sedikit.Saya tidak suka merancang baju awal.Selalunya 2,3 jam sebelum bertolak baru akan terhegeh2 memilih baju(selalu dimarahi emak kerana tabiat ini).Saya membelek baju2 yg ada.Tema hari ini ialah glitter.Glitter??Sesungguhnya baju berkonsep glitter tidak pernah ada dlm kamus hidup saya.Tidak mengapalah..Saya akhirnya memutuskan untuk memakai kebaya nyonya bersama skinny pants sahaja.
Aksesori pula..aduuuh..gagal giler!..saya mengorek2 kotak aksesori dan berjaya menemukan sepasang anting2 diamond..aahha,ini dapat membantu dlm menjayakan tema glitter(saya amat berbangga dgn purchase ini kerana amat jarang sekali saya membeli sendiri selain yg dibelikan emak dan dicilok dari kakak).

Belum lagi..make up pulak..klu x make up kang kena sound tepek dgn Cik Azita Abu Bakar kat office pula.Saya pun menepek la apa2 yg patut dan yg x patut dan membega2 sedikit rambut yg telah tidak ditreatmentkan selama beberapa bulan ini.

Ok..da siap.Dgn pantas merembat handbag dan keluar dari rumah.Semasa di dlm lif baru teringat,sepatu!Susahnyer jadi perempuan ni..mcm2 nak kena fikir.Tidak mengapalah,di dlm bonet kereta ada byk sepatu(yg dah lama dibeli tp x pernah pakai pun ada).

Akhirnya berjaya juga sampai.But i was late for like half n hour from berbuka time.Kewl eh?Malu jgk la masa nak masuk ke pantry hall tu(waaaah..sejak biler tau malu?)

Berikut ialah gamba2 yg sempat diambil semasa occasion tersebut:



Ini Saya n Cik Azita Abu Bakar

(Berdiri) Saya n Veani (Duduk) Cik Azita Abu Bakar, Cik Faiza n Pn Mazliana yg sgt hot selaku manager kami.

(Atas) Pn Mumtaz n Cik Azita Abu Bakar (Bawah) Pn Fiza, Cik Linda n Saya.


Yathika, Cik Linda, Veani n Saya.

Teman Akrab & Teman Jiwanya...

Saya(kiri) dan Teman Akrab(kanan)
Teman Akrab(kiri) dan Teman Jiwanya(kanan)

Nama Penuh: Elly (nama tidak perlu dirahsiakan krn beliau mmg menggemari publisiti murahan :P)
Nama Samaran: Teman Akrab
Umur: soon to be 27(veeery soon)
Tarikh Lahir: September 22 (told u..veeery soon!)
Asal: Tidak dpt dikenalpasti kerana kerap bermigrasi
Kategori: 18 SG - Untuk 18 thn ke atas.Mengandungi unsur2 seram/ganas yg tidak keterlaluan.
Ciri-ciri: 100% trusted, pendengar terpaksa yg baik, tidak suka meddle in other ppl's affair, mempunyai keupayaan tahan maki yg tinggi selain keupayaan memaki hamun yg sgt baik juga, mood yg berubah2 mengikut cuaca dan persekitaran, flexible - boleh dibawa ke tengah ke tepi(campak kt padang pasir pun bley hidup), sgt komited dgn kerjaya dan Teman Jiwanya, tidak hipokrit(wut u see is wut u get), kamus bergerak saya (used to b directory bergerak saya tp jawatan itu telah diambil alih oleh Teman Jiwa saya)and more to love...
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com